Sunday, 23 October 2011

ADA APA DENGAN PUTERAKAPSUL ??????

ASSALAMUALAIKUM

Pergh......sedapkan aku punya tajuk entry kali ni. Ala - ala tajuk movie Indon gitu, "ADA APA DENGAN CINTA" yang pernah dilakonkan oleh Dian Sastrowardoyo bersama heronya Nicholas Saputra. 
Filem Ada Apa Dengan Cinta.

So..Kenapa aku pilih perkatan PUTERAKAPSUL sebagai nama blog aku????

Untuk pengetahuan sahabat semua,kapsul  merupakan salah satu bentuk ubat yang terdapat terdapat di dunia ini,selain bentuk tablet,solution@sirap dan banyak lagi,so,izinkan aku guna perkatan KAPSUL ok. Memadangkan hari - hari aku bermain dengan ubat atau KAPSUL ni.. Tapi aku bukan KAPSUL yg diperbuat dari sumber yg tidak halal iaitu sumber yang diberi nama timbangannya "khinzir" ataupun dalam perkataan medical PORCINE.. 

Memandangkan aku bekerja di sektor kesihatan,so...blog ini menjurus kepada hal - hal berkaitan ubat. Tak kisahla berkaitan cara penggunaannya ke...fungsi ubat ke...kesan ubat terhadap kita ke...serta kes - kes yang menarik berkaitan ubat yang boleh aku kongsi dengan sahabat  semua...

                               Wajah aku yang telah di kapsulkan.

Selain itu juga, aku ingin berkongsi cerita yang aku as a Insurance Agent for Prudential BSN Takaful. Aku buat kerja ini sebagai kerja sambilan ataupun bahasa yang mudah difahami "part-time job" bagi menambah duit poket aku yang sentiasa je tak cukup - cukup. Ini mungkin kelebihan bagi diri aku yang berkerja di hospital di mana aku serba sedikit tahu kos anggaran bagi sesuatu operation/pembedahan yang dilakukan, kos rawatan di wad dan prosedur kemasukan serta keluar hospital ataupun  "discharge"...Agak- agak berminat nak tahu lebih lanjut tentang insurans ni, boleh la terus menghubungi aku.Hehehehe...

                                               My part-time job

Disamping itu,di dalam blog PUTERAKAPSUL ini juga, aku akan selitkan aktiviti - aktiviti harian aku yang menarik dan boleh dikongsi bersama sahabat semua..

Setakat ini dulula entry kali ini. Doakan aku supaya aku rajin update entry blog aku  yang setengah tahun jagung ini.......

ASSALAMUALAIKUM


1 comment: